Lagu Kanak Kanak

Anda perlukan LAGU KANAK - KANAK sebagai BAHAN MENGAJAR untuk anak anda? Lagu yang sedia ada di pasaran tidak menepati kehendak anda?

Longan Studio menyediakan perkhidmatan menggubah lagu kanak-kanak yang membantu para penerbit, guru-guru tadika, dan juga ibu bapa yang ingin memiliki lagu kanak-kanak sendiri untuk bahan bantuan mengajar di rumah, tadika, mahupun sekolah.

Tidak seperti lagu kanak-kanak yang sedia ada, melalui Longan Studio, anda akan dapat memiliki lagu kanak-kanak anda sendiri mengikut citarasa dan lirik anda sendiri!

Apa itu Lagu Kanak-Kanak?

Lagu kanak-kanak adalah lagu yang dinyanyikan oleh ibu bapa atau guru-guru untuk mengajar kanak-kanak mengenali perkataan dengan mudah. Ia juga dinyanyikan kepada kanak-kanak untuk mengajar ejaan perkataan yang mudah kepada kanak-kanak.

Kebiasaannya lagu kanak-kanak, lirik dan melodinya mudah diingati dan sering berulang-ulang supaya kanak-kanak mudah untuk menghafal dan menyanyi bersama.

Kajian yang dilakukan oleh  Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis MUZIK berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran MENULIS, MEMBACA dan PERBAHASAN !

Kanak-kanak seusia 2 hingga 3 tahun, mereka mampu mencipta bunyi melalui ketukan sudu atau garfu di pinggan. Ini menunjukkan muzik mampu membantu dalam perkembangan kanak-kanak.

Ciri-ciri lagu yang sesuai untuk kanak-kanak :

  • Suku kata atau perkataan dalam lirik lagu yang berulang-ulang, dapat membantu kanak-kanak untuk mudah menghafal.
  • Melodi yang mudah dapat membantu kanak-kanak cepat menghafal sesuatu lagu tersebut.
  • Muzik yang santai ataupun rancak, beserta tempo yang sederhana dapat membantu kanak-kanak untuk mengikut irama lagu  asalkan bunyinya tidak terlalu kuat atau pun terlalu perlahan.
  • Durasi yang tidak terlalu panjang. Pada kebiasaannya, lagu kanak-kanak berdurasi sekitar 1 minit hingga 2 minit.
  • Tema lagu adalah berkisarkan pengalaman dan persekitaran kanak-kanak.
  • Lirik yang mudah dan difahami.

Bagaimana muzik dapat membantu dalam  perkembangan kanak-kanak?

Dapat menenangkan si kecil

Tahukah anda, kanak-kanak akan berhenti menangis apabila diperdengarkan lagu atau muzik kepada mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa akan menyanyikan lagu-lagu tradisional ataupun zikir sebagai cara untuk menenangkan si anak kecil. Hal ini kerana muzik dapat menenangkan emosi kanak-kanak.

 

Muzik membantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Melalui lirik-lirik dalam lagu yang diperdengarkan kepada kanak-kanak, ia dapat meningkatkan kemahiran menghafal secara tak langsung dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak.

 

Terapi bagi anak istimewa 

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Standford University, muzik dapat meningkatkan tahap kemahiran membaca kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia.

 

Meningkatkan memori kanak-kanak

Muzik sememangnya komponen penting dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak. Hal ini kerana dengan muzik, ia adalah cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak untuk meneroka bunyi dan perkataan. Manakala irama pula adalah alat yang berguna untuk meningkatkan memori kanak-kanak.

 

Meningkatkan keupayaan mental

Dengan pendedahan kepada muzik, anak anda berupaya memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat.

"... kanak-kanak menyukai aktiviti fizikal. Sama dengan percakapan, pergerakan merupakan bakat di mana kanak-kanak boleh mengembangkan pemahaman tentang irama. Pergerakan mereka yang berasaskan kepada emosi, pembahagian pukulan dan corak berirama memastikan yang mereka faham akan elemen muzik...," - Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994).

Apa kelebihan yang ANDA akan dapat sekiranya mengambil perkhidmatan bersama kami?

  • Customize ! - Ikut kehendak anda.        

 

  • Lagu yang dicipta akan menjadi hak milik anda.

 

  • Mudah untuk dijadikan sebagai bahan mengajar anak-anak anda.
  • Anak-anak anda akan mudah menyanyikan lagu mengikut kesesuaian silibus atau pemahaman mereka.

Untuk lagu Kanak-Kanak, durasi yang tidak terlalu panjang dan irama yang berulang, mudah untuk kanak-kanak menghafal. Anak Anda akan cepat belajar dan cepat memproses maklumat baru. TERBUKTI !

Syahir Miswan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pengajian Pengurusan Kewangan, peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selepas mendapat ijazah, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Bidang perniagaan yang beliau ceburi adalah bidang Muzik. Oleh kerana minat yang mendalam dalam seni muzik, beliau telah memulakan perniagaan Jamming Studio bersama abang dan rakan-rakan beliau pada tahun 2011.

Pada ketika itu, Syahir Miswan juga menerima permintaan untuk perkhidmatan rakaman lagu dari pelanggan-pelanggan beliau tetapi secara sambilan sahaja. Atas permintaan yang menggalakkan, beliau terus fokus untuk meneruskan perniagaan muzik ini tetapi lebih fokus kepada perkhidmatan rakaman audio. Bagi menambah ilmu dalam bidang yang baru beliau ceburi, Syahir Miswan melanjutkan pengajian dalam bidang Rakaman (Short course) yang dianjurkan oleh Yamaha Music Malaysia dan RML Studio.

Antara barisan artis yang pernah merakamkan suara di Longan Garage Studio  adalah Anis Syazwani, Ihab Ismail, Haqiem Rusly, Wani, Tasha Manshahar, Shiha Zikir, Isma AF, Le Rumba, Nizam Laksamana, dan lain-lain.

 

Selain daripada itu, Syahir Miswan juga aktif dalam seni persembahan akustik. Beliau bersama rakan penyanyi dan pemuziknya kerap mendapat undangan persembahan untuk Majlis Resepsi (Perkahwinan), Makan Malam, dan Majlis Korporat. Antara kenangan manis beliau dalam persembahan akustik adalah apabila beliau dan rakan-rakan dijemput untuk membuat persembahan di hadapan Yang Dipertuan Agong ke-14, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah di mana majlis itu hanya dihadiri oleh kerabat diraja sahaja.

Dalam kerja-kerja rakaman audio, Syahir Miswan banyak terlibat dalam menghasilkan lagu korporat. Antara lagu yang beliau hasilkan ialah Lagu Korporat Kospen untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, lagu kempen Suku Suku Separuh untuk Kementerian Kesihatan Malaysia juga adalah hasil dari air tangan beliau sendiri. Dalam pembikinan lagu Kanak-Kanak, beliau pernah menerbitkan lagu Khas untuk Kanak-Kanak Autism di mana lagu itu dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar untuk mereka.

Golongan sasaran mana yang perlu mengambil perkhidmatan  bersama kami?

IBU BAPA

  • Ibu bapa yang perlukan bantuan tambahan mengajar anak-anak mereka adalah digalakkan.
  • Ibu bapa boleh menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada anak-anak kesayangan mereka dengan menghadiahkan rakaman lagu yang khusus untuk anak mereka. Dengan cara bagaimana? Kami boleh masukkan nama anak anda ke dalam lagu ! Contohnya memasukkan nama anak anda ke dalam lagu hari jadi anak anda. Menarik bukan?
  • Jadikan lagu-lagu yang direka khas dari kami sebagai bahan mengajar untuk murid-murid anda. Kami akan menggubah lagu mengikut silibus pembelajaran yang telah disediakan. Bayangkan setiap silibus untuk pembelajaran pelajar dilagukan. Bukankah ia menjadikan suasana mengajar anda lebih ceria dan menarik? Cubalah !

GURU-GURU TADIKA & TENAGA PENGAJAR

PUBLISHER / PENERBIT AUDIO BOOK & VIDEO BOOK

  • Jadikan lagu-lagu yang dicipta khas untuk anda sebagai koleksi untuk produk anda. Anda perlukan lagu yang bagaimana? Rentak yang bagaimana? Melodi yang bagaimana ? Serahkan kepada kami! Kerana itulah tugas kami.

KAMI MENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN DENGAN KUALITI YANG TERBAIK !

1 Lagu   : RM 250.00

3 Lagu   : RM 500.00 ( JIMAT RM 250.00)

5 Lagu   : RM 800.00 ( JIMAT RM 450.00)

Masih ingatkah, suatu masa dahulu, kita pernah dipopularkan dengan rancangan siri TV "Along" , Ingatkah kita dengan "Siti Sifir" ? Irama membantu anak-anak kita untuk MUDAH menghafal sifir dengan melagukan sifir! - Terbukti!

"...Sepanjang berurusan, saya berpuas hati dengan layanan. Pihak Longan Studio mendengar suara hati pelanggan dan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut keperluan pelanggan.

Harga memang boleh dirunding dan berpadanan dengan hasil kerja. Khidmat Tip Top dan memuaskan. Semoga dapat bekerjasama lagi pada masa depan. Selamat maju jaya...! "

LAILA KAMILIA (Penulis Novel / Guru)

"...Alhamdulillah selama Wani berurusan dengan Longan Garage memang sangat-sangat berpuas hati. Apa yang Wani minta sangat tepat mengikut citarasa dan melodi yg diingini. Harga yg sangat berpatutan !  Senang kerana Longan Studio menuruti apa yg Wani inginkan..."

 

WANI Gema Gegar Vaganza (Penyanyi)

MARI LIHAT TESTIMONI DARI PENYANYI YANG PERNAH MEMENANGI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 2013 & 2014. APA KATA BELIAU MENGENAI LONGAN STUDIO

Saya pertama kali bekerjasama dengan Longan Studio dalam penghasilan single Zapin saya yg pertama berjudul Akar Kita Zapin pada tahun 2012. Sewaktu itu Longan Studio masih bertatih dalam urusan penerbitan muzik dan agak terhad daripada sudut kelengkapan. Pun begitu, hasil yang diberikan tidak langsung menghampakan malah benar-benar menepati tuntutan saya sebagai pengguna. Apa yang saya kagumi adalah komitmen kerja mereka yang amat menepati masa tanpa mengabaikan kualiti produk, malah sangat mudah bertoleransi dari sudut masa dan kewangan.

Kini setelah hampir 5 tahun mengenali mereka, ciri-ciri ini masih terpelihara dan Longan Studio semestinya menjadi pilihan utama saya apabila terdapat projek-projek semasa yang ingin saya jalankan. Saya tidak dapat fikirkan nama studio lain yang kompetitif dari sudut harga dengan piawaian produk yang sama jika ingin dibandingkan dengan Longan Studio. Mereka sentiasa memberikan servis yang terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan tanpa membebankan dari sudut kewangan.

Longan Studio akan sentiasa menjadi saranan saya untuk pihak-pihak yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia produksi mahupun yang sudah matang dan kehadapan tetapi mahukan hasil yang optimum pada kos yang minimum. Bagi saya, keyakinan saya terhadap Longan Studio tiada berbelah bahagi dan saya tidak akan teragak-agak untuk kembali semula ke Longan Studio untuk projek-projek masa hadapan.

Selamat maju jaya Longan Studio!

DR MOHAMMAD IHAB ISMAIL

Artis / Komposer / Penulis Lirik NIPVSB (Pemenang Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2013 & 2014)

BERAPAKAH KOS UNTUK MENERBITKAN SEBUAH LAGU ?

Kebiasaannya kos untuk menerbitkan 1 lagu adalah sangat mahal. Ia bergantung kepada sesebuah studio rakaman tersebut. Banyak faktor yang menyebabkan harga sesebuah penerbitan itu menjadi mahal. Antaranya ialah :

  • Masa untuk menerbitkan sesebuah lagu mengambil masa yang panjang. Semakin lama masa, semakin mahal harganya.
  • Untuk menerbitkan sebuah lagu, ramai krew yang terlibat, termasuk pemain muzik, penulis lirik, pencipta lagu, jurutera bunyi, jururakam, dan juga juruadun.
  • Setiap krew yang terlibat adalah pakar dalam bidang masing-masing menjadikan kos sesebuah lagu menjadi mahal.
  • Bayaran penyanyi untuk sesebuah lagu bergantung kepada populariti penyanyi tersebut. Semakin popular penyanyi, semakin tinggi harga bayarannya !
  • Peralatan-peralatan untuk rakaman yang sangat mahal.

Jadi mengapa kami boleh tawarkan harga yang MURAH?

  • Kerana operasi untuk menerbitkan sebuah lagu Kanak Kanak bersama kami tidak mengambil masa yang sangat lama.
  • perisian software untuk kerja-kerja rakaman di studio kami adalah dalam bentuk digital berbanding studio lain yang masih menggunakan peralatan analog.
  • Untuk menerbitkan sebuah lagu Kanak-Kanak bersama kami, tidak perlukan krew yang ramai. JIMAT !
  • Kami mempunyai penyanyi In-House yang berpengalaman. Boleh dengar Sample Audio di link ini.

"...Alhamdulillah so far tak pernah hire yang lain lagi if nak buat minus one sebab Longan Studio boleh follow apa yang Shiha nak. If Shiha tak berpuas hati certain part pun korang  akan repair sampai Shiha puas hati. Rasa berbaloi nak bayar + customer pun puas hati. Tarikh siap so far very good. Seperti dijanjikan..Pendek kata tak perlu risau dengan Longan Studio kerana mereka sentiasa update sepanjang tempoh projek berjalan. So all the best tau... !"

 

SHIHA ZIKIR (Penyanyi)

"...Sepanjang berurusan dan bekerja dengan Longan Studio saya berasa amat berpuasa hati dgn service yg diberikan. Segala urusan kerja berjalan dengan mudah dan lancar. Longan Studio juga merupakan tempat yang selesa untuk membuat rakaman selain mempunyai sound engineer yang sangat mahir tentang perisian audio dan rakaman. Segala barangan perkakas audio yang lengkap memudahkan kerja-kerja  rakaman dijalankan. Dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada pada tenaga kerja Longan Studio, saya sangat yakin dan percaya ia akan sentiasa memberikan hasil kerja yg terbaik..."

 

HANIF HASNAN (Pemain Piano / Accordian)

Bagaimana cara untuk menempah lagu bersama kami? 

Untuk tempahan, hubungi kami di talian yang tertera di atas ! 

MEDIA SOSIAL :

Instagram : @longangarage

Facebook : Longan Garage Studio

Web Rasmi : www.longanstudio.com

MAKLUMAT PEMBAYARAN :

CIMB Islamic Bank : SA Vertical Ventures

No. Akaun : 860 22 55 244